Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas ketua Gereja City Harvest didapati bersalah cuba tinggalkan Singapura secara tidak sah

Dec 12, 2018 | 3:10 PM
DIDAPATI BERSALAH: Chew Eng Han didapati bersalah kerana cuba menghalang keadilan dengan menaiki bot bermotor di jeti Pulau Ubin pada 21 Februari lalu untuk cuba mengelak daripada menjalani hukuman penjara.
DIDAPATI BERSALAH: Chew Eng Han didapati bersalah kerana cuba menghalang keadilan dengan menaiki bot bermotor di jeti Pulau Ubin pada 21 Februari lalu untuk cuba mengelak daripada menjalani hukuman penjara. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

MAHKAMAH hari ini (12 Disember) mendapati bekas ketua Gereja City Harvest Chew Eng Han bersalah kerana cuba meninggalkan Singapura secara tidak sah.

Hakim Daerah Victor Yeo juga mendapati Chew, 58 tahun, bersalah kerana cuba menghalang keadilan dengan menaiki bot bermotor di jeti Pulau Ubin pada 21 Februari lalu untuk mengelak daripada menjalani hukuman penjara.

Chew dijatuhi hukuman penjara tiga tahun empat bulan sebelum ini bagi peranannya menggelapkan dana gereja bernilai bernilai berjuta dolar.

Semasa perbicaraan kesnya pada 24 September lalu, mahkamah diberitahu bahawa Chew mengaku semasa siasatan yang dia hendak meninggalkan Singapura kerana rasa kesnya yang didengar di Mahkamah Tinggi itu tidak adil.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg