Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas ketua pengadil S'pore Idol, Ken Lim, dituduh cabul kehormatan

Mar 31, 2023 | 5:30 AM
DIDAKWA: Pengarah eksekutif syarikat rakaman Hype Records, Ken Lim, dikatakan telah mencabul kehormatan seorang wanita berusia 25 tahun dengan menyentuh buah dadanya. - Foto ST
DIDAKWA: Pengarah eksekutif syarikat rakaman Hype Records, Ken Lim, dikatakan telah mencabul kehormatan seorang wanita berusia 25 tahun dengan menyentuh buah dadanya. - Foto ST -

BEKAS ketua pengadil pertandingan realiti nyanyian Singapore Idol, Ken Lim Chih Chiang, pada Khamis, dihadapkan di mahkamah selepas dia dituduh mencabul kehormatan.

Lim, pengarah eksekutif syarikat rakaman Hype Records, dikatakan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 25 tahun dengan menyentuh buah dadanya.

Insiden yang dikatakan itu berlaku pada 23 November 2021 di pejabat Hype Records di Henderson Road.

Timbalan Pendakwa Raya Chong Kee En meminta identiti mangsa tidak dinamakan atas perintah mahkamah.

Lim hadir ke Mahkamah Negara kira-kira 8 pagi, berpakaian kemeja-T hitam dan memakai pelitup.

Ketika pertuduhan dibacakan kepadanya kira-kira 9.25 pagi, lelaki berusia 58 tahun itu mengekalkan pandangannya di atas bangku simpanan, wajahnya masih di sebalik pelitup berwarna kelabu.

Lim, yang diwakili Encik Navin Naidu, rakan kongsi di Dentons Rodyk & Davidson, ditemani isterinya, bekas artis rakaman Judy Hsu. Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki.

Encik Naidu memberitahu mahkamah bahawa siasatan telah mengambil masa lebih 15 bulan, dan bahawa Lim kekal tidak bersalah dan tidak akan mengaku bersalah.

Kes itu ditangguhkan dengan ikat jamin $10,000 yang akan dikenakan ke atas Lim sebelum ia dibicarakan semula pada kira-kira 11.30 pagi, apabila permohonan dibuat untuknya meninggalkan Singapura.

Encik Naidu memohon supaya Lim dapat pergi ke Phuket, Thailand, dari 25 Mei hingga 4 Jun, untuk perjalanan perniagaan bagi menyelesaikan beberapa "isu pengurusan harta".

DPP Chong berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai bantahan terhadap perkara ini, tertakluk kepada jaminan tambahan $10,000 yang perlu diposkan.

Penjamin yang tampil ialah seorang warga emas dan mahkamah diberitahu bahawa beliau ialah kawan baik Lim.

Hakim Daerah Lorraine Ho memberikan kebenaran kepada Lim meninggalkan Singapura, tertakluk kepada jaminan tambahan $10,000 dan Lim menyediakan jadual perjalanan lengkap kepada pihak berkuasa sebelum berlepas.

Lim menubuhkan Hype Records pada 1992, dengan firma itu dengan pantas menjadi salah satu label yang paling terkenal di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg