Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas NSF polis diarah jalani probesen kerana langgar OSA dan siarkan video lucah

Jan 7, 2019 | 6:50 PM
DIARAH JALANI PROBESEN: Muhammad Alif Muhammad Jamil yang telah selesai menjalani NS dan kini merupakan seorang pelajar, diarah menjalani probesen selama setahun tiga bulan.
DIARAH JALANI PROBESEN: Muhammad Alif Muhammad Jamil yang telah selesai menjalani NS dan kini merupakan seorang pelajar, diarah menjalani probesen selama setahun tiga bulan. - Foto WONG KWAI CHOW

SEORANG bekas pegawai Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) polis telah menggunakan komputer di bilik operasi Komand Operasi Khas (SOC), mengambil gambar skrin komputer itu dan kemudian menghantarnya kepada rakan kerjanya.

Gambar tersebut, yang mengandungi maklumat rahsia tentang operasi polis, kemudian dihantar kepada seorang pesalah dadah yang menghantar mesej kepada temannya dengan mengatakan:

"Hentikan semuanya malam ini. Operasi penuh."

Dalam pada itu, Muhammad Alif Muhammad Jamil, juga mengendalikan blog yang mengundang orang ramai menghantar video lucah kepadanya.

Dia kemudian memuat naik video itu ke dalam talian.

Muhammad Alif, 21 tahun, yang telah selesai menjalani NS dan kini merupakan seorang pelajar, diarah menjalani probesen selama setahun tiga bulan hari ini (7 Januari).

Dia telah mengaku bersalah Oktober lalu terhadap satu tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan lima tuduhan menyiarkan video lucah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg