Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pegawai Certis dipenjara kerana langgar Akta Rahsia Rasmi

Jul 1, 2022 | 5:30 AM
DIPENJARA: Syarifah Nur Nabilah Syed Omar dipenjara kerana langgar Akta Rahsia Rasmi. - Foto ZAOBAO
DIPENJARA: Syarifah Nur Nabilah Syed Omar dipenjara kerana langgar Akta Rahsia Rasmi. - Foto ZAOBAO -

TUGAS Syarifah Nur Nabilah Syed Omar sebelum ini adalah menangkap pengguna peralatan mobiliti peribadi (PMD) yang melakukan kesalahan.

Namun, apabila dia menjadi pengirim makanan, dia bertukar-tukar maklumat pula dengan pengirim lain agar dapat mengelakkan kawasan di mana pegawai penguatkuasaan biasanya dikerahkan.

Memandangkan Syarifah masih jadi sebahagian daripada kumpulan sembang pegawai penguatkuasaan, tugas yang pernah digalas sebelum ini, dia menerima maklumat mengenai operasi yang bakal diadakan.

Tangkap layar operasi itu kemudian diberikan kepada Afendi Mohamed Rashid.

Wanita 24 tahun ini telah dihukum penjara seminggu semalam selepas mengaku bersalah berkomunikasi secara tidak wajar di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Afendi, 36 tahun, yang juga mengaku bersalah mengirim tangkap layar maklumat berkenaan kepada orang lain turut diberi hukuman serupa.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Seah Ee Wei memberitahu mahkamah semalam bahawa Syarifah adalah pegawai bantuan sokongan bersama Certis mulai Disember 2020 hingga 20 Mei tahun lalu.

Dia dikerahkan sebagai pegawai penguatkuasaan mobiliti aktif Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), tugas yang telah diserahkan kepada Certis oleh badan berkanun itu.

Pegawai sebegini akan meronda laluan pejalan kaki secara berpasukan bagi mengesan pengguna PMD yang membuat kesalahan dengan mengubah suai alat mereka, melanggar had kelajuan atau melanggar keselamatan jalan raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg