Topik diikuti
Pergi ke BHkuBekas pegawai kastam dipenjara lima tahun
Feb 6, 2015 | 5:30 AM
Bekas pegawai kastam dipenjara lima tahun
BEKAS pegawai kastam yang mengambil rasuah dan bersubahat berkaitan bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Mohamed Yusof Abdul Rahman (gambar), dihukum penjara lima tahun semalam.
Mohamed Yusof, 67 tahun, juga diarah membayar penalti $11,400, iaitu jumlah rasuah yang diterimanya. Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara tiga bulan sebagai ganti.