SEORANG pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyalin fail daripada komputer riba kerjanya ke alat milik peribadinya dan menyimpannya selepas dia meletakkan jawatan.

Perbuatan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Benny Tan Yong Liang menyatakan dia kononnya berharap dapat merujuk pada kerjanya sendiri selepas meninggalkan LTA bagi "tujuan mengkaji atau mengajar"," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ben Mathias Tan.

Pada Selasa (24 Mei), bekas penolong pengurus sekitaran berusia 34 tahun yang bekerja bersama LTA dituduh di atas satu kesalahan di bawah OSA dan didenda $2,000.

Mahkamah diberitahu bahawa tugas Tan di LTA melibatkan pengurusan bunyi bising dan sekitaran bagi projek LTA.

Dia mengkaji teknologi dan perkembangan terkini dalam pengurusan bunyi bising dan menjalankan latihan buat kakitangan berkenaan langkah berkaitan dengan bunyi bising.

Pada 19 Oktober 2020, Tan menyerahkan surat pemberhentian kerja dengan menyatakan hari terakhirnya adalah 19 November tahun itu.

Pada 22 Oktober, jabatan sumber kemanusiaan mengutus e-mel kepadanya dengan antara lain memberitahunya tentang hasratnya untuk menjaga maklumat rasmi meskipun selepas meninggalkan LTA dengan sebarang pelanggaran undang-undang akan membuatnya tertakluk pada hukuman dan ketetapan di bawah OSA.

Dalam tempoh minggu terakhir, pekerjaannya, Tan menyalin 4,310 fail dengan sejumlah 32.05GB daripada komputer riba kerja LTA-nya yang rasmi kepada komputer riba peribadinya apabila dia tidak lagi berhak menyimpannya.

Mereka yang didapati bersalah menyimpan maklumat rasmi tanpa hak berbuat demikian boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda hingga $2,000.