Bekas pelajar Politeknik Nanyang raih Bayonet Perak kerana 'enggan menyerah kalah'
Premium
Bekas pelajar Politeknik Nanyang raih Bayonet Perak kerana 'enggan menyerah kalah'
Jun 19, 2018 | 5:30 AM
KERJA KERAS BERBALOI: Atas kerja keras dan menunjukkan kecekalan dalam menjalani latihan, 3SG turut dianugerahkan Bayonet Perak sewaktu upacara perbarisan tamat latihan. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
SELEPAS 22 minggu bermandi peluh kerana gigih menjalani latihan di Sekolah Kadet Spesialis (SCS), Sarjan Ketiga (3SG) Mohamed Iqbal Abdul Hamid enggan menyerah kalah.
3SG Iqbal bangkit dengan semangat baru untuk meneruskan latihan setelah hampir putus asa di fasa terakhir latihan penuh mencabar itu.

