BEKAS pemain bola sepak Singapura dan jurulatih Hougang United, Amin Nasir, meninggal dunia tengah malam semalam setelah bertarung dengan penyakit barah.

Allahyarham Amin, 48 tahun, yang meninggalkan seorang balu dan dua anak, menghembuskan nafas terakhir sekitar 12.30 pagi semalam di sisi isteri dan kededua anaknya serta beberapa ahli keluarga lain di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).