Haslir Ibrahim (paling kanan), bersama rakan sepasukan bertemu legenda bola sepak Brazil, Pele (tengah) semasa beliau melawan ke Singapura pada 1974. Bersama mereka ialah (Dari kiri Mohamed Noh, Seak Poh Leong dan Rajagopal.
Haslir Ibrahim (paling kanan), bersama rakan sepasukan bertemu legenda bola sepak Brazil, Pele (tengah) semasa beliau melawan ke Singapura pada 1974. Bersama mereka ialah (Dari kiri Mohamed Noh, Seak Poh Leong dan Rajagopal. - Foto ST FILE

Bekas pemain bola sepak nasional, Haslir Ibrahim meninggal dunia pada 7 Jun. Beliau lebih dikenali sebagai Hasli Ibrahim semasa mewakili pasukan nasional pada tahun-tahun 70-an hingga awal 80-an.

Beliau berusia 73 tahun.

Seorang anaknya, Cik Lindar Haslir, mengesahkan pemergian ayahnya itu semasa dihubungi Berita Harian.

Menulis di media sosial, Cik Lindar berkata:

“Kami kehilangan tonggak (keluarga) kami pada dini hari Jumaat dan Singapura telah kehilangan pemain bola sepak tahap legenda,”

Laporan ini akan disambung.