Premium
Bekas penagih sokong peluang kedua bina kehidupan
Jadi sukarelawan sebar mesej antidadah dan beri motivasi mereka yang sedang dalam proses pemulihan
Sep 24, 2023 | 5:30 AM
MAHU JADI PEGUAM: Encik Nabil Saeed kini mahasiswa undang-undang di sebuah universiti. Beliau tidak membenarkan perkara masa lalu menghalang impiannya untuk menjadi seorang peguam. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
“Kita semua manusia, kita melakukan kesilapan dan kita boleh berubah,” kata Cik Syamlia, seorang sukarelawan ‘Peer Leader’ Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana).
Cik Syamlia, dan seorang lagi sukarelawan, Encik Nabil Saeed, memberi kata-kata perangsang itu berdasarkan pengalaman.
Laporan berkaitan
Perangi gejala dadah satu usaha bersama masyarakatAug 30, 2023 | 9:51 AM
Silap masa lalu dorong belia jadi relawan cegah dadahJun 30, 2023 | 4:08 PM

