Premium
Bekas penduduk Kampung Khaji imbas Raya di TWM
Jun 23, 2018 | 5:30 AM
INGIN KEMBALIKAN PERISA JUADAH KAMPUNG: Cik Aziah (kiri) dan Cik Nor Aishah Abu Samah, isteri Encik Rosman, akan menyiapkan juadah tradisional, termasuk kuih talam yang popular di Kampung Khaji dahulu, untuk rumah terbuka di Taman Warisan Melayu malam ini. - Foto TWM -
BEDUK berbunyi menandakan Syawal bakal tiba pada keesokan hari sementara kanak-kanak lari keliling kampung berteriakan "Ye.... Besok Raya!"
Demikian suasana malam Raya yang masih terpahat dalam ingatan penduduk Kampung Khaji, kawasan berdekatan dengan Masjid Sultan di Kampung Gelam.

