Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas penduduk Pulau Sekijang Pelepah kekal talian persaudaraan walau selepas 50 tahun

Jul 10, 2018 | 5:30 AM
ERAT PERSAHABATAN: Setiap dua hingga tiga tahun, AIM Keluargaku Berlebaran akan dianjurkan agar semua ahli keluarga dapat bergembira dan beramah mesra. - Foto ihsan MOHAMMAD ALFA RAMLI
ERAT PERSAHABATAN: Setiap dua hingga tiga tahun, AIM Keluargaku Berlebaran akan dianjurkan agar semua ahli keluarga dapat bergembira dan beramah mesra. - Foto ihsan MOHAMMAD ALFA RAMLI -

BAGAI isi dengan kuku.

Peribahasa ini tepat menunjukkan hubungan antara tiga keluarga besar Allahyarham Atan Mohd Yassin, Allahyarham Ibrahim Jabbar dan Allahyarham Moha Mohd.

Mereka yang bersaudara adalah antara bekas penduduk Pulau Sekijang Pelepah (Lazarus Island) pada tahun-tahun 1960-an.

Kini, walaupun setelah lebih dari 50 tahun berlalu, keluarga mereka tetap berhubung rapat.

"Setiap dua hingga tiga tahun, kami akan mengadakan perjumpaan Hari Raya yang diberi nama 'AIM (Atan, Ibrahim, Moha) Keluargaku Berlebaran'," kata Encik Mohammad Alfa Ramli, 43 tahun, cucu kepada Allahyarham Moha.

Perjumpaan itu akan diserikan dengan persembahan daripada keluarga masing-masing, hidangan makanan, serta cabutan bertuah.

Tahun ini pula, mereka ingin melakukan sesuatu yang berbeza demi menyumbang kembali kepada masyarakat.

"Perjumpaan tahun ini lebih istimewa kerana kami menjemput kanak-kanak dari Darul Ma'wa untuk meraikan Hari Raya bersama kami," kata Encik Alfa.

Selain itu, keluarga AIM juga ingin mengumpulkan dana buat kanak-kanak tersebut.

"Bagi mengumpul dana, kami melakukan beberapa projek seperti mereka dan membuat sampul duit serta menjualnya kepada rakan-rakan kami," ujar Encik Alfa.

Melalui projek-projek berkenaan, sebanyak $5,844 berjaya dikumpulkan.

Hasil dana yang terkumpul itu diberi kepada Darul Ma'wa di acara AIM Keluargaku Berlebaran 2018.

Ia diadakan di Kelab Masyarakat Woodlands pada Sabtu lalu dan dihadiri sekitar 200 orang.

Selain perjumpaan Hari Raya, keluarga AIM juga menganjurkan kegiatan lain seperti pertandingan sukan yang dianjurkan setiap tiga atau empat tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg