Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pengarah HDB dipenjara kerana ambil gambar lelaki bogel

Sep 9, 2022 | 6:44 PM
5a3df365-673b-4481-ae2c-cb89d20a48ef
- Foto SPH

SEORANG bekas pengarah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan didenda $31,600 hari ini (9 September) selepas dia menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam video lelaki bogel di tempat seperti bilik lokar.

Leo Norman Chee Wei Kiong, 61 tahun, yang telah berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan awam selama lebih 35 tahun, mengaku bersalah bulan lalu terhadap enam tuduhan termasuk merakam video lucah dan memiliki video lucah.

Lagi lapan tuduhan dipertimbang mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya, Encik Colin Ng, berkata Chee mengaku mempunyai tabiat menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam video dan mengambil gambar lelaki yang dianggapnya sebagai menarik. Ini termasuk di tempat awam, gim dan bilik salin pakaian di gim.

Peguam chee, Encik Shashi Nathan, meminta agar Chee dipenjara tidak melebihi seminggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg