Topik diikuti
Pergi ke BHkuBekas pengerusi Masjid Darussalam dibebas dengan ikat jamin

AB MUTALIF HASHIM: Tidak hadir di mahkamah semasa didakwa Rabu lalu kerana dia dimasukkan ke hospital. Namun, tidak diketahui sebabnya. - Foto fail
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 6, 2016 | 5:30 AM
BEKAS pengerusi Masjid Darussalam, Ab Mutalif Hashim, yang didakwa di mahkamah baru-baru ini atas 14 tuduhan pecah amanah melibatkan lebih $370,000 kini dibebaskan dengan ikat jamin.
Menurut peguamnya, Encik Satwant Singh, Mutalif, 55 tahun, dibebaskan dengan ikat jamin $70,000 mulai semalam sementara pasportnya ditahan.
