Topik diikuti
Pergi ke BHkuBekas pesalah bakal diberi lebih bantuan dapat kerja
Premium
Bekas pesalah bakal diberi lebih bantuan dapat kerja
Bekas pesalah bakal diberi lebih bantuan dapat kerja
"Dengan sokongan mereka (majikan), 97 peratus atau 2,143 daripada 2,201 pesalah, yang dirujuk kepada Score tahun lalu dijamin pekerjaan sebelum dibebaskan." - Encik Amrin Amin, Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri) semasa melahirkan penghargaan kepada lebih 5,500 majikan tahun yang menyokong usaha banduan mendapatkan pekerjaan. -
Mar 3, 2018 | 5:30 AM
BEKAS pesalah akan menerima lebih banyak bantuan bagi mendapatkan pekerjaan termasuk sokongan lebih lanjut daripada seorang jurulatih pekerjaan dan penggunaan wadah memprofil pekerjaan.
Ini akan ditawarkan di bawah Lembaga Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura (Score), dedah Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, dalam perbahasan Belanjawan bagi Kementerian Dalam Negeri (MHA) semalam.
