Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas terminal bas Yishun diubah jadi pusat ujian pantas Covid

Jun 22, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh KEVIN LIM
- Foto BH oleh KEVIN LIM -

ORANG ramai dilihat beratur di bekas terminal bas di Yishun semalam yang telah diubah menjadi pusat ujian pantas (QTC) di Singapura.

QTC itu, dengan satu lagi di bekas terminal bas di Tekka, merupakan dua pusat sedemikian yang pertama yang mula beroperasi semalam untuk menyokong perniagaan kecil yang tidak dapat melakukan ujian yang diselia sendiri.

Mulai pertengahan bulan depan, adalah wajib bagi pekerja yang bekerja dalam persekitaran yang memerlukan mereka berhadapan dengan pelanggan yang tidak memakai pelitup, atau di mana terdapat kontak berpanjangan antara individu, untuk menjalani ujian swab setiap dua minggu.

Ini termasuk pekerja di tempat makanan dan minuman (F&B), kedai gunting rambut, spa dan gim.

Ujian swab tersebut dijangka dilakukan sendiri. QTC akan menyokong perniagaan kecil yang tidak dapat mengaturkan ujian swab sendiri yang diselia.

Lebih banyak QTC akan ditubuhkan secara bertahap-tahap.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg