Seorang bekas ustaz bertauliah dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas seorang remaja lelaki di sebuah masjid pada 2014.
Lelaki itu berdepan dua tuduhan di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda.
Butiran mengenai lelaki itu, masjid dan remaja tersebut, yang berusia sekitar 15 tahun ketika kesalahan tersebut dikatakan berlaku, tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.
Menurut dokumen mahkamah, tertuduh berada di masjid tersebut pada 2014 apabila dia dikatakan menyentuh bahagian sulit mangsa yang masih berpakaian dan sentuhan langsung kulit-ke-kulit pada satu ketika yang lain.
Pada 1 Julai, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memberitahu The Straits Times (ST) dalam satu kenyataan bahawa lelaki itu tidak lagi didaftarkan di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
“Keputusan ini dibuat berikutan satu semakan dan penilaian menyeluruh oleh Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB),” kata jurucakap Muis.
Kes tersebut akan didengar lagi pada 18 Julai.
Bagi setiap pertuduhan melakukan jenayah tersebut, pesalah kali pertama boleh dijatuhi hukuman penjara hingga lima tahun dan didenda hingga $10,000.
Pesalah berulang boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda hingga $20,000.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg