Belanjawan 2016: Lebih 140,000 warga tua akan terima bantuan Silver Support

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2016: Lebih 140,000 warga tua akan terima bantuan Silver Support

Mar 24, 2016 | 6:29 PM

Belanjawan 2016: Lebih 140,000 warga tua akan terima bantuan Silver Support

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

WARGA emas berusia 65 tahun ke atas yang layak untuk Skim Sokongan Warga Emas atau Silver Support akan mendapat pembayaran pertama mereka pada bulan Julai, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat tadi.

Lebih daripada 140,000 warga emas berpeluang memanfaatkan skim kekal ini, yang dipanggil 'ciri baru yang utama' dalam sistem keselamatan sosial di Singapura oleh Encik Heng.

Ia akan menelan belanja hampir $320 juta pada tahun pertama.

Warga emas yang layak akan dimasukkan secara automatik dalam skim ini, dan tidak perlu mendaftar.

Mereka akan diberitahu oleh Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sebelum pembayaran pertama diberikan.

Pembayaran ini akan dibuat pada akaun bank warga emas yang telah didaftarkan dengan Lembaga CPF.

Mereka yang tidak mempunyai akaun bank akan mendapat pembayaran menerusi cek yang akan dihantar ke alamat mereka.

Warga emas akan mendapat antara $300 dan $750 setiap suku tahun, bergantung kepada jenis rumah mereka.

"Ia boleh menjadi tambahan yang sederhana tetapi bermakna kepada pendapatan persaraan mereka," kata Encik Heng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg