Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2019: Kanak-kanak yang mula Darjah 1 tahun lalu akan terima subsidi pendidikan lebih $130,000 sehingga tamat sekolah menengah

Feb 18, 2019 | 5:34 PM
BERGAMBAR BERSAMA: Dr Faishal Ibrahim mengambil peluang bergambar bersama sekumpulan pelajar dan guru Sekolah Rendah Chongzheng semasa lawatannya ke sekolah itu untuk mempelajari tentang projek Nilai Dalam Tindakan (VIA) yang dijalankan dan berinteraksi bersama pelajar.
BERGAMBAR BERSAMA: Dr Faishal Ibrahim mengambil peluang bergambar bersama sekumpulan pelajar dan guru Sekolah Rendah Chongzheng semasa lawatannya ke sekolah itu untuk mempelajari tentang projek Nilai Dalam Tindakan (VIA) yang dijalankan dan berinteraksi bersama pelajar. - Foto KEVIN LIM

SEORANG kanak-kanak yang memulakan sekolah rendah tahun lalu boleh menerima lebih $130,000 dalam bentuk subsidi pendidikan sehingga dia tamat sekolah.

Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat berkata demikian di Parlimen pada Isnin (18 Feb) semasa beliau membentangkan inisiatif bagi membantu warga merebut peluang dan memenuhi potensi menerusi pendidikan.

"Subsidi pemerintah menampung lebih 90 peratus kos keseluruhan untuk mendidik anak-anak kita," kata Encik Heng, yang menekankan bahawa bantuan tambahan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Menurut Encik Heng, usaha dalam pendidikan ini adalah sebahagian rancangan jangka panjang Singapura untuk membina masyarakat lebih prihatin dan inklusif.

Pemerintah, kata Encik Heng, melabur secara lumayan untuk menyediakan 'pendidikan kelas dunia' bagi warga Singapura muda, supaya setiap kanak-kanak boleh mencapai yang terbaik tanpa mengambil kira latar belakangnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg