Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2019: Pakej Generasi Merdeka $6.1 bilion termasuk tokokan Medisave, subsidi rawatan lebih tinggi

Feb 18, 2019 | 6:17 PM
HARGAI SUMBANGAN GENERASI MERDEKA: Encik Lee di satu majlis penghargaan yang dihadir sekitar 200 anggota Generasi Merdeka di Taman Di Pesisiran pada 2 Februari 2019.
HARGAI SUMBANGAN GENERASI MERDEKA: Encik Lee di satu majlis penghargaan yang dihadir sekitar 200 anggota Generasi Merdeka di Taman Di Pesisiran pada 2 Februari 2019. - Foto Ng Sor Luan

Sejumlah $6.1 bilion akan diperuntuk bagi Pakej Generasi Merdeka, dengan sebahagian besar bertujuan menampugn jagaa kesihatan hampir 500,000 warga Singapura.

Memberikan perincian tentang pakej yang dinanti-nantikan ini di Parlimen pada Isnin (18 Feb), Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat berkata ia adalah cara negara ini menunjukkan penghargaan kepada generasi yang kini berusia antara 60 tahun dengan 69 tahun .

"Ia akan memberi mereka ketenangan dalam hal kos jagaan kesihatan, sementara membantu mereka terus aktif dan sihat," kata Encik Heng.

Bermula tahun ini, penerima yang layak akan mendapat tokokan tahunan Medisave $200 sehingga 2023. Mereka juga akan menerima subsidi lebih tinggi di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas), dan diskaun tambahan 25 peratus apabila mendapat rawatan di poliklinik atau klinik pakar awam.

Pemerintah juga akan memberikan kumpulan ini tokongan sekali $100 langsung menerusi kad konsesi PAssion Silver, yang boleh digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam, menggunakan kolam renang awam dan menyertai kegiatan di kelab masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg