Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2020: Keluarga bergaji rendah akan dapat baucar barang dapur $100

Feb 18, 2020 | 6:01 PM
290235d0-9dec-459b-826c-ff430a4fffaa
- Foto FAIL THE STRAITS TIMES

WARGA Singapura berpendapatan rendah akan mendapat lebih bantuan untuk menangani kos perbelanjaan harian mereka.

Selain Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), baucar pengangkutan awam serta Rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) tahunan, mereka juga akan mendapat baucar barangan dapur berjumlah $100 setahun bagi tahun ini dan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan baucar itu sebagai sebahagian Pakej Bantuan Keluarga, yang berjumlah sekitar $1.6 bilion.

Baucar itu boleh digunakan di pasar raya utama termasuk NTUC FairPrice, Giant dan Sheng Siong.

Pemerintah akan memberikannya kepada warga Singapura berusia 21 tahun ke atas yang tinggal di flat HDB satu atau dua bilik, serta tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg