BON hijau bernilai sekitar $35 bilion akan dikeluarkan menjelang 2030 bagi membiaya projek prasarana hijau (mesra alam) sektor awam, sedang negara ini menuju ke arah usaha menukik peluang dalam kewangan hijau.

Bon hijau adalah alat kewangan yang digunakan untuk membiaya projek dengan manfaat sekitaran dan menyediakan pelabur dengan bayaran pendapatan biasa atau tetap.

Pemerintah akan mengeluarkan rangka kerja Bon Hijau Singapura dan mengemukakan bon hijau sulung tidak lama lagi tahun ini, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong dalam kenyataan Belanjawan pada Jumaat (18 Februari).

Ini berlaku sedang sektor baru seperti kewangan hijau dan khidmat karbon kian ketara pertumbuhannya.

"Jutaan pekerjaan hijau akan dijana serata dunia dengan permintaan bagi bakat dengan kemahiran hijau akan bertambah," jelas Encik Wong.

Perkembangan terkini di Singapura dalam bidang ini termasuk pejabat program bon hijau baru di bawah Kementerian Kewangan yang telah dibangunkan pada September tahun lalu untuk mempercepat usaha pemerintah dalam bidang bon hijau.

Pada Ogos lalu pula, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) adalah badan berkanun pertama yang membangun nota berbilang matawang dan rangka kerja hijau bernilai $3 bilion