Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2022: Cukai karbon meningkat kepada $80 setiap tan pelepasan jelang 2030

Feb 18, 2022 | 5:28 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

Kadar cukai karbon di Singapura akan dinaikkan daripada kadar sekarang $5 setiap tan pelepasan kepada antara $50 dengan $80 menjelang 2030, satu langkah yang akan membantu negara ini mencapai matlamat iklim yang baru dan lebih bercita-cita tinggi. Matlamatnya adalah bagi pelepasan berkurangan kepada bersih sifar menjelang atau sekitar pertengahan abad ini, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong. Pada masa itu, negara akan mencegah sebanyak mungkin gas rumah hijau yang memanaskan planet dari atmosfera apabila ia dilepaskan. Kenaikan cukai karbon akan dilakukan secara berperingkat untuk memberi lebih kepastian kepada perniagaan, katanya. Kadar semasa $5 setiap tan pelepasan akan dikenakan sehingga tahun depan (2023). Ia akan meningkat kepada $25 pada 2024 dan 2025, dan $45 pada 2026 dan 2027, sebelum mencapai $50 hingga $80 setiap tan menjelang 2030, dedah Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg