Topik diikuti
Pergi ke BHkuBelanjawan 2022: Perbelanjaan jagaan kesihatan akan bentuk sebahagian besar perbelanjaan sosial jelang 2030
Belanjawan 2022: Perbelanjaan jagaan kesihatan akan bentuk sebahagian besar perbelanjaan sosial jelang 2030

Belanjawan 2022: Perbelanjaan jagaan kesihatan akan bentuk sebahagian besar perbelanjaan sosial jelang 2030
PENJAGAAN kesihatan akan membentuk sebahagian besar perbelanjaan sosial pemerintah menjelang 2030 sedang penduduk Singapura menua.
Pada masa yang sama, terdapat risiko ekonomi dan pekerjaan yang bakal muncul yang mengancam mengurangkan jumlah warga dewasa bekerja yang sudah pun berkurangan.
Ini merupakan antara isu yang menjadi tumpuan pemerintah sedang ia beralih keluar daripada kedudukannya dalam memberi tindak balas kepada pandemik, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam ucapan Belanjawan pada Jumaat (18 Feb).
Singapura merupakan salah satu negara di dunia yang paling cepat menua.
Penduduk berusia 65 tahun ke atas membentuk 16 peratus penduduk Singapura tahun lalu, satu peningkatan berbanding 9 peratus pada 2010.
Menjelang 2030, kadar penduduk pada usia sedemikian akan meningkat kepada 25 peratus warga Singapura iaitu seorang dalam empat penduduk, sama seperti Jepun dan beberapa negara Eropah kini, kata Encik Wong.