Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2023: Defisit $2b dijangka bagi tahun fiskal 2022

Feb 14, 2023 | 6:40 PM
66880af1-baf3-4d2a-b47e-6ff369268401
-

PEMERINTAH menjangkakan defisit sebanyak $2 bilion secara keseluruhan, atau 0.3 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) untuk tahun fiskal 2022, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Selasa. Dalam tempoh fiskal 2020 hingga 2022, pemerintah pula menjangkakan untuk memanfaatkan sejumlah $40 bilion daripada rizab lalu bagi membiayai pelbagai langkah respons kepada Covid-19. Angka ini adalah lebih rendah berbanding $52 bilion yang pada awalnya pemerintah mendapatkan persetujuan Presiden Halimah Yacob untuk membiayai perbelanjaan tersebut. "Ini mencerminkan pendekatan cermat kami dalam menggunakan rizab - mengambilnya dengan berhati-hati, hanya bagi tujuan yang penting," kata Encik Wong. Katanya lagi, Singapura telah mampu membiayai pelbagai pakej sokongan Covid-19 disebabkan pendapatan yang lebih tinggi daripada dijangka pada tahun fiskal 2022, khususnya daripada cukai pendapatan korporat dan cukai berkaitan aset. Bagi tahun fiskal 2022, Presiden Halimah sebelum ini memberi persetujuan untuk mengambil sebanyak $6 bilion daripada rizab lalu untuk membiayai perbelanjaan kesihatan awam kecemasan Covid-19. Sedang situasi kesihatan awam kian stabil, pemerintah kini menjangkakan untuk memanfaatkan jumlah lebih rendah hingga $3.1 bilion daripada rizab lalu. Sebelum pandemik Covid-19, Singapura kali terakhir memanfaatkan rizab lalu semasa Krisis Global Kewangan 2008.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg