PEMERINTAH akan mempertingkatkan Akaun Pembangunan Anak (CDA) dengan meningkatkan Geran Langkah Pertama (FSG) dan had pemadanan simpanan bagi warga Singapura yang layak yang lahir pada atau selepas 14 Februari 2023. FSG akan dinaikkan sebanyak $2,000 bagi setiap kanak-kanak ke $5,000 daripada $3,000 sebelum ini. Sementara itu, had pemadanan simpanan bagi anak pertama dan kedua akan dinaikkan sebanyak $1,000. Anak pertama kini boleh menerima sehingga $4,000 dan anak kedua sehingga $7,000 dalam pemadanan simpanan. Perubahan kepada CDA akan disediakan bermula awal 2024. Ibu bapa akan dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) apabila FSG CDA yang dipertingkatkan dibayar.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti