Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2023: Tambahan $3,000 setiap bayi bagi hadiah tunai Bonus Bayi

Feb 14, 2023 | 4:29 PM
54fb5f0d-b34a-4441-ae15-0d16501f05fe
- Foto fail

PEMERINTAH akan meningkatkan Hadiah Tunai Bonus Bayi (BBCG) sebanyak $3,000 bagi bayi warga Singapura yang layak yang dilahirkan pada atau selepas 14 Februari 2023. Demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong semasa Belanjawan 2023. Tempoh pembayaran yang lebih panjang juga akan diperkenal untuk menyediakan sokongan kewangan secara tetap setiap enam bulan sehingga anak tersebut berumur enam setengah tahun. Sebelum ini, BBCG diagihkan dalam lima ansuran sehingga bayi berusia 18 bulan. Dengan penambahan BBCG, anak pertama dan kedua kini boleh menerima sehingga $11,000 sementara anak ketiga dan seterusnya boleh menerima sehingga $13,000. Penambahan kepada BBCG itu akan mula diagihkan pada awal 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg