Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2023: Tokokan $500 juta bagi Dana Eldercare bagi warga emas

Feb 14, 2023 | 5:16 PM
b850d002-25f8-4f3f-819f-f3acb0be445b
- Foto ST

PEMERINTAH akan memperuntukkan tambahan dana bagi menyokong golongan warga emas terutama mereka yang berpendapatan rendah, bagi keperluan penjagaan jangka panjang dan kesihatan mereka.

Ini termasuk tokokan $500 juta bagi Dana Eldercare untuk menyokong subsidi ujian-kemampuan (means-tested) bagi golongan warga emas yang perlukan penjagaan di rumah, di pusat atau institusi, umum Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Selasa (14 Feb).

Dalam pada itu, Dana Endowmen Perubatan (MediFund) juga akan menerima tokokan $1.5 bilion.

Ini bagi memperkukuhkan jaringan keselamatan untuk individu berpendapatan rendah dan warga emas yang menghadapi masalah kewangan dengan bil perubatan mereka, walaupun selepas subsidi MediShield Hayat dan MediSave, menurut Encik Wong.

Dengan Singapura menjadi antara negara yang mempunyai kadar penuaan penduduk yang semakin meningkat, terdapat keperluan untuk membuat semakan dan mengemas kini pendekatan terhadap penjagaan warga emas, tambah Encik Wong.

"Walaupun ada yang hidup lebih lama, masih terdapat mereka yang menghabiskan tahun-tahun terakhir mereka dengan keadaan yang tidak begitu sihat.

"Ini ditambah pula dengan saiz isi rumah yang lebih kecil, hanya bermakna beban penjagaan yang meningkat bagi keluarga," katanya.

Justeru, dengan langkah ini, ia diharapkan golongan warga emas dapat menjalani sepanjang hayat mereka dengan keadaan kesihatan yang baik selain mempunyai pilihan yang mencukupi untuk menua di dalam masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg