Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanjawan 2025 ‘untuk semua rakyat S’pura’

Feb 17, 2025 | 1:35 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan ucapan Belanjawan 2025 pada 3.30 petang, 18 Februari, di Parlimen.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan ucapan Belanjawan 2025 pada 3.30 petang, 18 Februari, di Parlimen. - Foto FACEBOOK LAWRENCE WONG

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Belanjawan 2025 akan menjadi belanjawan “untuk semua rakyat Singapura”.

Beliau akan menyampaikan ucapan Belanjawan 2025 pada 3.30 petang, 18 Februari, di Parlimen.

Dalam satu hantaran Facebook pada 17 Februari, yang mana beliau memegang fail bertajuk Maju Bersama demi Masa Hadapan yang Lebih Cerah, Encik Wong berkata:

“Ia juga akan menjadi Belanjawan yang melibatkan anda semua dan memajukan rancangan #ForwardSG (Melakar Hala Tuju Singapura) kita untuk masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu.

“Marilah kita maju bersama-sama demi masa hadapan yang lebih cerah!”

Rakyat Singapura boleh menonton Encik Wong menyampaikan ucapannya melalui siaran web secara langsung, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada 3 Februari.

Pautan ke siaran web itu boleh didapati di laman web Belanjawan Singapura di https://www.mof.gov.sg/singaporebudget.

Ucapan Encik Wong itu juga akan disiarkan secara langsung di laman web The Straits Times (ST).

Pembaca juga boleh menerima surat berita edisi khas Belanjawan dengan mendaftar di https://www.straitstimes.com/newsletter-signup.

Ini merupakan Belanjawan pertama Encik Wong sebagai Perdana Menteri dan beliau dijangka akan membincangkan isu-isu seperti kos sara hidup dan jaminan pekerjaan. 

Dalam satu sidang media pada 8 November 2024, Encik Wong berkata Belanjawan 2025 itu akan mempunyai empat tema utama – strategi ekonomi untuk fasa seterusnya; peluang meningkatkan kemahiran dan pekerjaan untuk pekerja; sokongan bagi rakyat Singapura merentasi peringkat kehidupan yang berbeza; dan mengukuhkan semangat perpaduan dan kesatuan rakyat Singapura sempena ulang tahun Singapura yang ke-60 (SG60).

Tema itu “banyak diperoleh daripada kebimbangan yang diketengahkan oleh rakyat Singapura”, kata Encik Wong kepada media ketika itu.

“Oleh itu, kami memberi tumpuan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil, serta dasar, program dan skim baru yang mungkin dapat dilaksanakan bagi menangani kebimbangan ini,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg