PEMERINTAH akan menangguh selama setahun untuk menaikkan kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang dirancang bagi pekerja warga emas, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat di Parlimen pada petang Selasa (26 Mei).

Sebelum ini, ia diumumkan bermula pada 1 Jan 2021.

Skim Peralihan Ofset CPF juga akan ditangguhkan sehingga selepas kadar sumbangan yang lebih tinggi berkuatkuasa.