WARGA Singapura bakal menerima Bonus SG tahun ini sebanyak $100 hingga $300, bergantung kepada pendapatan mereka.
Bonus tersebut ditetapkan berdasarkan lebihan belanjawan sebanyak $9.6 bilion, atau 2.1 peratus GDP, bagi tahun kewangan 2017, menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat petang tadi.
Lebihan tersebut lebih tinggi daripada jumlah yang dianggarkan tahun lalu iaitu $1.9 bilion.
Sebahagian daripada lebihan tersebut akan dikhaskan untuk perbelanjaan pada masa akan datang, termasuk $5 bilion yang diperuntukkan bagi Dana Infrastruktur Landasan, yang akan dilancarkan tahun ini demi mengumpul wang bagi landasan laluan baru.
$2 bilion akan diperuntukkan bagi subsidi premium dan bentuk sokongan lain bagi warga Singapura selepas selesainya semakan ElderShield.
Peruntukan terakhir sebanyak $700 juta adalah untuk membiayai Bonus SG tersebut bagi warga Singapura berusia 21 tahun keatas pada 2018.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg