Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Beli-belah saat akhir sebelum GST naik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beli-belah saat akhir sebelum GST naik

Orang ramai lebih peka, cermat buat perbelanjaan
Dec 30, 2023 | 05:08 PM



Menjelang akhir tahun, ramai yang dilihat meluangkan masa bersama keluarga sambil mengambil peluang membeli-belah, sebelum kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Januari.

GST di sini akan naik daripada 8 peratus kepada 9 peratus pada 1 Januari 2024.

Wartawan Berita Harian (BH) sempat berkunjung ke pusat beli-belah Tampines Mall dan Our Tampines Hub (OTH) di mana ramai yang dilihat meluangkan masa bersama keluarga serta membeli belah.


Antara pengunjung yang ditemui di Tampines Mall ialah pasangan suami isteri, Cik Nurul Huda Hasbullah dan Encik Muhammad Faizal Zakaria, kededuanya berusia 41 tahun yang mendapatkan barangan keperluan untuk anak-anak mereka sebagai persiapan sempena pembukaan semula sekolah.

Cik Nurul, suri rumah dan ibu kepada lima anak berusia antara setahun dengan 12 tahun, berkongsi:

“Kami membeli buku dan kasut sekolah hari ini. Dengan kenaikan GST, kami perlu lebih berhati-hati dengan perbelanjaan dan merancang dengan lebih baik. Kami juga harus mengelakkan pembelian mengikut gerak hati.”

Suaminya, Encik Faizal, seorang kakitangan awam, turut menekankan perlunya membezakan antara kehendak dan keperluan sebagai langkah ke arah menjadi pembeli yang lebih bijak, apabila GST mula naik pada 1 Januari.

“Kami perlu peka dan hanya akan beli barangan yang perlu sahaja,” tambah Encik Faizal.

Encik Mohammed Ghazali, seorang penyelia kawalan haiwan perosak berusia 41 tahun, juga antara pengunjung di Tampines Mall yang mendapatkan keperluan sekolah selain barangan lain untuk tiga anaknya.

Beliau juga berkongsi bahawa kenaikan GST yang akan berlaku telah mendorong beliau untuk membuat pembelian barang berharga tinggi pada masa ini sebelum kenaikan harga akibat GST yang meningkat mulai 1 Januari.

Malah Encik Mohammed, yang baru-baru ini telah membeli sebuah televisyen baru, berkata:

“Saya mendapat tawaran harga pada $1,158. Tahun depan, dengan kenaikan GST, rasanya harga akan naik.

“Jadi sebab itu saya beli pada waktu ini. Mulai tahun depan, kami perlu bertindak dengan lebih cermat dan bijak dalam membuat keputusan semasa membeli-belah, buat perbandingan harga secara bijak, serta usaha lebih keras untuk mencari tawaran yang memberi nilai terbaik.”

Apabila ditanya mengenai kesan jangka panjang kenaikan GST terhadap tabiat perbelanjaannya, Encik Mohammed bersetuju bahawa ia akan memberi kesan jangka panjang yang signifikan kepada beliau sekeluarga.

Sebagai contoh, beliau meramalkan bahawa perbelanjaan untuk makanan sekeluarga dalam sebulan akan meningkat kira-kira lebih $700 berbanding sebelumnya yang hanya $600.

Seorang ibu dua anak dewasa, Cik Norhayati Mohamed, 59 tahun yang dihubungi pula berkata beliau telah menemani anak perempuannya untuk membeli beberapa perkakas dan perabot rumah yang baru pada 30 Disember, bagi mengelak kenaikan GST.

Menurutnya anaknya itu yang baru mendapat rumah flat di Tampines, telah ke salah sebuah gedung perabot dan membelanjakan hampir $5,000 bagi perabot serta perkakas rumah lain.

“Saya sendiri membeli meja makan baru semasa menemaninya,” jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >