Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beli karya seni, pakaian sokong mangsa keganasan rumah tangga

Mar 10, 2022 | 5:30 AM
PERKASA WANITA: Presiden Halimah Yacob (barisan depan, tiga dari kanan) bersama mereka yang dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura 2022. - Foto SCWO
PERKASA WANITA: Presiden Halimah Yacob (barisan depan, tiga dari kanan) bersama mereka yang dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura 2022. - Foto SCWO -

ORANG ramai kini boleh membeli karya seni, pakaian dan menghadiri sesi minum petang bagi menyokong wanita dan kanak-kanak yang merupakan mangsa keganasan rumah tangga.

Kempen A Bouquet of Hearts anjuran Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO), akan berlangsung sehingga 25 Mac bagi mengumpul dana sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Barangan yang akan dilelong termasuk lukisan dan karya seni mangsa keganasan serta artis muda tempatan, juga pakaian dan karya seni yang disumbangkan oleh selebriti tempatan.

Pakej 'Gift-It-Forward' yang terdiri daripada set jamuan minum petang di Hotel Shangri-La juga boleh dibeli dan diberikan kepada mana-mana wanita.

Mereka yang membeli hidangan set itu juga boleh memilih menghadiahkan pakej itu kepada mana-mana empat pusat perlindungan krisis di Singapura bagi wanita dan kanak-kanak mangsa keganasan, seperti Star Shelter.

Penderma juga boleh memilih Pakej Perayaan yang menampilkan hidangan makan dan penginapan di Hotel Shangri-La.

Dana yang dikumpul juga akan disalurkan kepada perkhidmatan SCWO yang lain, termasuk klinik guaman percuma dan bantuan bagi wanita yang telah diceraikan.

Usaha ini diumumkan di luar majlis perasmian Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura yang ke-8 anjuran SCWO yang dihadiri Presiden Halimah Yacob kelmarin.

Presiden lembaga SCWO, Cik Junie Foo, berkata: "Pada Hari Wanita Antarabangsa ini, kami berharap dapat menggalak masyarakat mengenali dan menghargai wanita di sekeliling kami, dengan menyumbang kepada kempen 'A Bouquet of Hearts' SCWO dan membantu mengumpul dana untuk meneruskan dan mengembangkan kerja kami dalam masyarakat."

Acara terakhir kempen ini akan disiarkan secara langsung pada 25 Mac, dengan pusingan terakhir pembidaan lelong dan juga pelbagai persembahan.

Untuk menyokong kempen tersebut, orang ramai boleh melayari laman web SCWO.

"Pada Hari Wanita Antarabangsa ini, kami berharap dapat menggalakkan masyarakat mengenali dan menghargai wanita di sekeliling kami, dengan menyumbang kepada kempen A Bouquet of Hearts SCWO dan membantu mengumpul dana untuk meneruskan dan mengembangkan kerja kami dalam masyarakat." - Presiden lembaga Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO), Cik Junie Foo.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg