Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belia beranikan diri ceburi kerja pembersih tapak kematian

Feb 20, 2023 | 5:30 AM
KERJAYA BUKAN KONVENSIONAL: Pekerja pembersihan tapak trauma, Cik Qasrina Rahman (atas) dan Encik Mohamad Ridwan Mohamad Yusoff, yang menjelajah dunia sambil bekerja rencam, termasuk memerah susu lembu di New Zealand, merupakan antara belia yang memilih laluan bukan konvensional. - Foto BH oleh MOHD KHALID BABA, ihsan MOHAMAD RIDWAN MOHAMAD YUSOFF
KERJAYA BUKAN KONVENSIONAL: Pekerja pembersihan tapak trauma, Cik Qasrina Rahman (atas) dan Encik Mohamad Ridwan Mohamad Yusoff, yang menjelajah dunia sambil bekerja rencam, termasuk memerah susu lembu di New Zealand, merupakan antara belia yang memilih laluan bukan konvensional. - Foto BH oleh MOHD KHALID BABA, ihsan MOHAMAD RIDWAN MOHAMAD YUSOFF -

DARIPADA raut wajah dan perwatakan beliau yang ceria, tidak ramai yang mungkin dapat meneka apa pekerjaan Cik Qasrina Rahman.

Cik Qasrina, 18 tahun, merupakan pekerja pembersihan trauma, yang ditugaskan untuk membersihkan tempat kejadian melibatkan kes kematian - kebanyakannya warga emas yang tinggal sendirian dan ditemui reput di rumah.

Beliau bekerja secara sepenuh masa bersama bapanya, Encik Rahman Razali, yang menubuhkan syarikat DDQ Services sejak 2015.

Meskipun ramai yang mungkin tidak berbayang dapat melakukan pekerjaan sedemikian, Cik Qasrina pula secara sukarela memilih untuk menyertai bapanya dalam pekerjaan itu.

Cik Qasrina merupakan antara belia yang memilih untuk berkecimpung dalam bidang 'bukan konvensional', yang mungkin tidak biasa didengari orang ramai atau jarang ditempuh.

Mereka memberanikan diri untuk mengukir laluan mereka sendiri demi mencari rezeki dan mengejar minat masing-masing.

Ikuti juga kisah Encik Mohamad Ridwan Mohamad Yusoff, 30 tahun, yang merealisasikan impian menjelajah dunia sambil bekerja rencam di pelbagai negara, termasuk sebagai memerah susu lembu, atau pasangan adik-beradik Encik Muhammad Fazlie Mahadi, 32 tahun, dan Encik Muhammad Faeezal Mahadi, 30 tahun, yang menawarkan khidmat pembersihan seluruh rumah.

Satu lagi kisah yang dipaparkan ialah lulusan Universiti Edinburgh, Cik Nadya Lim, 32 tahun, yang berkecimpung dalam bidang pembetulan struktur tulang ataupun 'bone setting therapy'.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg