Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belia berbasikal malam pererat, jalin ukhuwah

Sep 22, 2022 | 7:56 PM
DEMI KESIHATAN DAN PERSAUDARAAN: Sebahagian peserta yang berbasikal sejauh 27 kilometer dari Masjid Assyafaah di Sembawang ke Masjid An-Nahdhah di Bishan dari malam hingga awal pagi dalam acara Night Light Bike Ride. - Foto BELIA MASJID ASSYAFAAH
DEMI KESIHATAN DAN PERSAUDARAAN: Sebahagian peserta yang berbasikal sejauh 27 kilometer dari Masjid Assyafaah di Sembawang ke Masjid An-Nahdhah di Bishan dari malam hingga awal pagi dalam acara Night Light Bike Ride. - Foto BELIA MASJID ASSYAFAAH -

MENJALANKAN kegiatan sihat sambil mempererat dan menjalin ukhuwah. Itulah yang dilakukan lebih 70 belia daripada kelompok masjid kawasan utara dan keluarga mereka melalui acara berbasikal 'Night Light Bike Ride'. Acara itu dianjurkan Belia Masjid Assyafaah (AMY). Ia bermula pada 9.30 malam pada 8 September dan berakhir pada 4.30 pagi 9 September. Peserta berbasikal beramai-ramai sejauh 27 kilometer dari Masjid Assyafaah di Sembawang ke Masjid An-Nahdhah di Bishan, dengan hentian rehat di Masjid Al-Istiqamah di Serangoon North dan beberapa tempat lagi. Acara itu bertujuan menggalak belia mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal aktif serta memperkukuh dan menjalin ukhuwah. Semasa melancarkan acara itu, Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, melahirkan sokongan beliau bagi inisiatif tersebut. "Acara yang sangat menarik, dan memanfaatkan minat belia berbasikal," kata beliau kepada para peserta. Baca laporan penuh di Berita Harian esok (23 Sep).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg