SPH Logo mobile
Langgan|

Belia bincang isu yang mereka hadapi di majlis iftar Roses of Peace

Belia bincang isu yang mereka hadapi di majlis iftar Roses of Peace

Jun 13, 2018 | 7:40 PM

Belia bincang isu yang mereka hadapi di majlis iftar Roses of Peace

IFTAR ROSES OF PEACE: Encik Masagos bersama pengasas Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad, tertawa semasa mendengar pantun yang disampaikan Ustazah Liyana secara spontan.
IFTAR ROSES OF PEACE: Encik Masagos bersama pengasas Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad, tertawa semasa mendengar pantun yang disampaikan Ustazah Liyana secara spontan. - Foto ROSES OF PEACE

SEKITAR 150 pelajar Islam daripada pelbagai institut pengajian tinggi (IHL) menghadiri satu majlis iftar anjuran Roses of Peace (ROP) di Wisma Geylang Serai (WGS) semalam (12 Jun).

Dihoskan oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, acara tersebut turut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, Ustaz Zahid Zin dan Ustazah Liyana Musfirah.

Di majlis itu, hadirin berpeluang berbincang tentang pelbagai isu yang dihadapi belia di Singapura bersama Encik Masagos, Dr Faishal dan Cik Rahayu.

Menerusi laman Facebook beliau hari ini, Encik Masagos berkata beliau telah berkongsi pengalamannya menubuhkan Persatuan Muslim Universiti Teknologi Nanyang (NTUMS) dan bantu menubuhkan badan bantuan kemanusiaan Mercy Relief.

"Iftar anjuran ROP ini adalah peluang baik untuk kita mendekati golongan belia yang juga tiang masyarakat pada masa akan datang, menerusi perbincangan yang terus-terang tentang isu yang penting bagi mereka," ujar Encik Masagos.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg