Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belia main peranan penting martabatkan bahasa Melayu: Zaqy

MAEC Marsiling anjur Pesta Bahasa dan Seni sempena Bulan Bahasa bersama pelajar dan guru
Sep 5, 2022 | 5:30 AM
RAI KEKAYAAN BAHASA, BUDAYA DAN WARISAN MELAYU: Encik Zaqy menyertai aktiviti mewarnakan permainan tradisional Melayu bersama beberapa pelajar Sekolah Rendah West View di Pesta Bahasa dan Seni di Marsiling. - Foto BH oleh HAKIM YUSOF
RAI KEKAYAAN BAHASA, BUDAYA DAN WARISAN MELAYU: Encik Zaqy menyertai aktiviti mewarnakan permainan tradisional Melayu bersama beberapa pelajar Sekolah Rendah West View di Pesta Bahasa dan Seni di Marsiling. - Foto BH oleh HAKIM YUSOF -

SEDIAKAN peluang dan ruang bagi belia meneraju kegiatan bahasa dan budaya untuk masyarakat.

Demikian ditekankan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohd, semasa merujuk kepada Pesta Bahasa dan Seni di Marsiling yang dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Marsiling bersama belia dan guru dari enam sekolah di kejiranan itu.

Menurut Encik Zaqy, inisiatif tersebut dan kegiatan serta perkongsian di acara itu amat penting bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat, terutama belia.

"Jika kita lihat di reruai yang ada hari ini, belia-belia kita yang menerajuinya dan mereka memainkan peranan penting untuk membawa masyarakat kita bersama.

"Persembahan mereka juga menunjukkan bahawa kita boleh menggunakan pengalaman harian untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih menyeronokkan," kata Encik Zaqy, yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee.

Acara tersebut disertai sekitar 300 penduduk dan merupakan sebahagian daripada kempen Bulan Bahasa yang dianjurkan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).

Diadakah di Pusat Sivik Woodlands, ia bertujuan meraikan kekayaan bahasa, budaya dan warisan Melayu bagi semua lapisan masyarakat dan bangsa di estet itu.

Bulan bahasa tahun ini bertema 'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.' dan berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam esta Bahasa dan Seni di Marsiling ialah Sekolah Rendah Marsiling, Sekolah Rendah West View, Sekolah Menengah Marsiling, Sekolah Menengah West Spring, Sekolah Menengah West Spring dan Politeknik Republik.

Program-program yang diadakan bagi orang ramai pada pesta itu fokus pada lima deria, untuk memberikan pengalaman menyeluruh.

Contohnya, peserta perlu mendengarkan perbualan dalam beberapa dialek bahasa Melayu untuk mendapatkan petunjuk bagi menyelesaikan satu misteri.

Antara aktiviti lain yang disediakan oleh pada pelajar sekolah itu ialah persembahan dan peluang mencuba alat muzik tradisional Melayu seperti kompang, seruling dan angklung; lukisan batik dan rekaan bunga manggar; pameran kuih tradisional Melayu; menghidu dan mengenali simbolik di sebalik bunga rampai serta kuiz bahasa Melayu.

Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) turut mengadakan sesi bercerita di samping peraduan melukis permainan tradisional yang disediakan oleh MAEC Marsiling.

Salam seorang belia yang mengendalikan reruai di acara itu ialah Nor Maisarah Roslan, 15 tahun.

Pelajar Sekolah Menengah Marsiling berkata dia gembira dapat berkongsi budaya Melayu seperti pengggunaan bunga manggar kepada pengunjung di reruainya.

"Pada pendapat saya, adalah penting bagi pelajar dan remaja seperti saya didedahkan kepada semua ini supaya budaya Melayu akan kekal selamanya," kata Maisarah.

Pengerusi penganjur acara itu, Encik Muhammad Hazwan Ismail, 35 tahun, gembira bahawa acara itu dapat meningkatkan dan menggalakpenggunaaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu di sini sambil memperkenalkannya kepada bangsa lain.

Beliau turut gembira dengan pelibatan pelajar sekolah dalm menjayakan acara itu tahun ini.

"Mereka adalah pelapis yang dapat melestarikan bahasa (Melayu) kita agar kekal penggunaannya pada masa hadapan," katanya, yang telah menjadi relawan di MAEC Marsiling selama tiga tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg