Topik diikuti
Pergi ke BHkuBelia main peranan utama tentang ISIS
KONGSI PANDANGAN: (Dari kiri) Dr Mohamed Ali telah menyentuh soal tarikan ISIS terhadap belia manakala Dr Jolene Jerard membincangkan strategi ISIS dalam mempengaruhi ramai dalam forum anjuran Kolej Tembusu NUS. - Foto TAUFIK A. KADER -
Feb 18, 2016 | 5:30 AM
BELIA merupakan sasaran utama radikalisasi ISIS dan belia jugalah yang mampu memainkan peranan utama menentang mereka.
'Medan pertempuran' ISIS adalah di alam siber, oleh itu kepakaran belia mengenai alam dalam talian penting dalam usaha ini, menurut Penolong Profesor Program Pengajian Perhubungan Antara Agama dalam Masyarakat Majmuk (SRP), Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Mohamed Ali.
