Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belia mengaku salah libat rasuah permainan dalam talian

Jan 6, 2023 | 5:30 AM
ea0ad61d-bbf0-4f9f-8124-bb44785faf17
-

EKORAN tidak mampu membayar balik hutangnya, seorang pemuda mereka rancangan bagi pemiutangnya, seorang 'gamer' dalam talian yang aktif, untuk mengadakan perlawanan kejohanan e-sukan untuk mendapatkan semula wangnya.

Semalam, Ryan Tan Shern, 20 tahun, mengaku salah di Mahkamah Daerah atas dakwaan rasuah.

Menyatakan beliau jarang melihat kes rasuah melibatkan anak muda, Hakim Daerah Soh Tze Bian meminta laporan untuk menilai kesesuaian Tan bagi probesen dan latihan reformatif.

Satu lagi dakwaan di bawah Akta Perjudian Jauh akan diambil kira sewaktu dia dijatuhi hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Victoria Ting berkata Tan meminjam $1,000 daripada Malcolm Chung Wai Kiat, 24 tahun, pada Ogos 2020 untuk membiayai tabiat judinya.

Mereka mengenali satu sama lain sejak 2014 apabila bermain permainan video Counter-Strike bersama.

Chung asyik meminta kembali wangnya, tetapi Tan tidak dapat membayarnya semula.

Setelah Chung meminta $400 daripadanya pada 21 September 2020, Tan mereka rancangan keesokan hari supaya Chung mengadakan perlawanan e-sukan dalam kejohanan Epulze Royal South-east Asia Cup yang sedang dimainnya.

Kejohanan itu sebahagian daripada Valorant Ignition Series, di mana dua pasukan bergilir-gilir menyerang and bertahan.

Sekitar 6 petang pada 22 September 2020, Tan menyarankan agar Chung, yang mewakili RSG Resurgence Esports, untuk melawan Team Blackbird Ignis dari Jepun setelah membuat taruhan pasukannya akan kalah.

Tan juga berkata dia boleh mendapatkan wang daripada abangnya untuk membuat taruhan itu.

Chung bersetuju kerana percaya itu satu-satunya cara untuk mendapat balik wangnya, kata DPP Ting.

Sebanyak $3,000 dipindahkan ke akaun Chung setelah Tan merayu kepada abangnya untuk membuat pinjaman. Tan dan Chung bersetuju Chung akan meletakkan pertaruhan menggunakan wang itu dan menyimpan sebahagian kemenangan itu sebagai kepuasan rasuah.

Chung kemudian memasuki akaunnya menggunakan khidmat perjudian jarak jauh yang menyalahi undang-undang dan meletakkan lima pertaruhan berjumlah $3,000 keseluruhan, lapor akhbar The Straits Times.

Apabila RSG Resurgence Esports kalah perlawanan itu, Chung memenangi $7,109 dan menyimpan $2,319 untuk dirinya sendiri.

Pada 24 Jun 2021, ketua pegawai operasi RSG Resurgence Esports membuat laporan polis berkenaan penentuan hasil perlawanan yang didakwa melibatkan Chung, yang kesnya masih dihadapkan di mahkamah.

Chung didakwa dengan satu tuduhan rasuah dan satu lagi di bawah Akta Perjudian Jauh, dan kesnya masih lagi dihadapkan ke mahkamah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg