Belia yang bakal jalani NS kini boleh manfaat gim Safra secara percuma
Premium
Belia yang bakal jalani NS kini boleh manfaat gim Safra secara percuma
Oct 4, 2019 | 5:30 AM
SOKONGAN LEBIH LUAS: Belia lelaki yang bakal menjalani Perkhidmatan Negara boleh menggunakan gimnasium di enam Safra serata negara dengan percuma, setahun sebelum memulakan perkhidmatan, kata Dr Maliki (tiga dari kanan), yang menghadiri upacara pecah tanah Safra Choa Chu Kang. Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong (empat dari kiri). - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
BELIA lelaki yang bakal menjalani Perkhidmatan Negara (NS) tidak lama lagi boleh menggunakan gimnasium di enam Safra secara percuma, setahun sebelum memulakan NS, di bawah satu program baru.
Program Bersenam sebelum menjalani NS (Prep4NS) itu membolehkan belia yang layak menggunakan gimnasium secara percuma di luar waktu sibuk.

