Topik diikuti
Pergi ke BHkuBendera negara dipamer di luar rumah anda? Pastikan ia hanya sehingga 30 Sep
LIM YAOHUI
Sep 27, 2020 | 6:14 PM
Bendera negara dipamer di luar rumah anda? Pastikan ia hanya sehingga 30 Sep
Dalam masa beberapa hari lagi, para penduduk harus henti mempamerkan bendera negara di rumah mereka.
Selepas Rabu (30 September), mereka yang terus mempamerkan bendera boleh didenda sehingga $1,000 di bawah Peraturan Lagu Kebangsaan dan Senjata dan Bendera Singapura.
Setiap tahun, bendera negara boleh dipamerkan di luar bangunan atau ruang terbuka tanpa tiang bendera di antara 1 Julai dengan 30 September.
Awal tahun ini, jangka masa dilanjutkan bagi membenarkan bendera dipamerkan dalam cara sedemikian dari 25 April kepada 30 September sebagai simbol perpaduan semasa pandemik Covid-19 yang masih berterusan.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti