Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beras dapat tahan lebih lama dengan bantuan teknologi...

Dec 1, 2022 | 5:30 AM
MANFAATKAN TEKNOLOGI: (Dua dari kiri) Dr Koh dan Dr Tan meninjau cara pek beras disimpan di dalam kotak tertutup sebagai sebahagian proses Teknologi Kotak MAP yang digunakan kemudahan SSW. - Foto BH oleh JASON QUAH
MANFAATKAN TEKNOLOGI: (Dua dari kiri) Dr Koh dan Dr Tan meninjau cara pek beras disimpan di dalam kotak tertutup sebagai sebahagian proses Teknologi Kotak MAP yang digunakan kemudahan SSW. - Foto BH oleh JASON QUAH -

SECARA tradisional, beras yang disimpan perlu melalui proses pengasapan setiap lima minggu supaya dapat mencegah daripada serangga perosak seperti kumbang.

Namun, sebuah gedung setempat yang menyimpan stok beras Singapura telah menemui cara menyimpan beras sehingga setahun tanpa perlunya pengasapan.

Malah, teknologi mereka yang dilindungi paten itu - Teknologi Kotak Pembungkusan Atmosfera Disesuaikan (MAP) atau Modified Atmosphere Packaging (MAP) Box Technology - meningkatkan produktiviti dan menjimatkan tenaga kerja yang diperlukan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gudang & Penyimpanan Singapura (SSW), Encik Ong Swee Keong.

Semalam, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, dan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, telah mengunjungi kemudahan SSW yang terletak di 102 Pasir Panjang Road untuk meninjau gudang itu sambil mengenali lanjut tentang teknologi yang dimanfaatkan.

Dr Tan berkata kemajuan ini sesuatu yang menggalakkan, dan menurut Dr Koh, teknologi sebegini membantu dalam keselamatan dan daya tahan makanan di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg