Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beratur di ATM, bank bagi duit baru Tahun Baru Cina

Jan 13, 2022 | 5:30 AM
LEBIH GEMAR TRADISI LAMA: Orang ramai, kebanyakannya warga emas, beratur di bank dan ATM sejak awal pagi bagi mendapatkan duit baru untuk diberi sebagai hongbao Tahun Baru Cina. - Foto BH oleh JASON QUAH
LEBIH GEMAR TRADISI LAMA: Orang ramai, kebanyakannya warga emas, beratur di bank dan ATM sejak awal pagi bagi mendapatkan duit baru untuk diberi sebagai hongbao Tahun Baru Cina. - Foto BH oleh JASON QUAH -

ORANG ramai, kebanyakannya warga emas, dilihat beratur panjang di luar bank dan mesin ATM untuk mendapatkan wang kertas baru bagi Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 1 Februari.

Ini meskipun Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Persatuan Bank di Singapura Disember lalu menggalak warga Singapura memberi hongbao-elektronik (e-hongbao) pada Tahun Baru Cina.

Ramai menganggap memberi wang tunai baru semasa musim perayaan sebagai tradisi penting.

Sekitar 40 orang sedang beratur di bank DBS cawangan Toa Payoh Lorong 6 pagi semalam, semasa The Straits Times pergi meninjau.

Di laman webnya, DBS berkata ia akan menyediakan khidmat pertukaran wang kertas baru hanya bagi pelanggan yang telah membuat tempahan dalam talian.

Ia menambah bahawa warga emas berusia lebih 60 tahun dan orang kurang upaya boleh pergi ke bank itu secara langsung.

Kebanyakan bank menyediakan wang kertas baru dalam bentuk $2, $10 dan $50.

Orang pertama beratur di OCBC cawangan Toa Payoh semalam, Encik Mark Lee, 65 tahun, berkata beliau mula beratur pada 7.15 pagi untuk membantu kawannya mengambil duit baru.

"Meskipun saya tak kisah sangat sama ada duit baru atau lama, saya lebih suka cara tradisional menyambut Tahun Baru Cina dengan hongbao fizikal," katanya.

Cik Noor Siti, 67 tahun, beratur 30 minit di sebuah ATM di Toa Payoh untuk mengambil duit baru bagi jirannya yang berusia 70-an tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg