Topik diikuti
Pergi ke BHkuBeraya lebih seronok...
Bina teleskop, buat gendang, lukis reka bentuk batik
Ayuh ajak anak-anak bina teleskop.
Ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak cara bermain muzik tradisional Melayu menggunakan gendang buatan sendiri dan melukis reka bentuk batik unik untuk dijadikan hiasan di rumah.
Aktiviti seperti ini hanya memerlukan bahan-bahan kitar semula, seperti kadbod dan bekas yang pelbagai, serta barang-barang yang boleh didapatkan di rumah seperti sabun cuci pinggan, kapas dan chopstick.
Kemudian, ikuti langkah yang tertera di kad cabaran yang ciptaan Yayasan James Dyson.
Ini merupakan cabang amal syarikat pengeluar perkakas rumah, Dyson, yang menawarkan sumber pendidikan dan bengkel percuma untuk kanak-kanak.
Kad-kad ini juga menerangkan sains di sebalik aktiviti tersebut.
Anda boleh muat turun kad tersebut di str.sg/i4ty.
Kad perasaan Mcdonald's
Tanyakan kepada anak-anak anda: Bagaimana perasaan mereka hari ini? Bersyukur, keliru atau gementar?
Bantu mereka bina vokabulari perasaan mereka dan meluahkan perasaan menggunakan Kad Perasaan Mcdonalds, yang dikeluarkan sebagai sebahagian daripada kempen Mcdonalds berkaitan kesejahteraan mental keluarga.
Ruang perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan kerana ini membantu mereka memproses dan melepaskan emosi yang terpendam.
Setiap pek mengandungi 20 kad perkataan dengan watak bergambar untuk membantu kanak-kanak mengenali perasaan mereka.
Kad tersebut juga mengandungi soalan-soalan untuk membantu ibu bapa memulakan perbualan dan berkomunikasi secara terbuka dengan anak-anak.
Contohnya, jika anak-anak berasa 'cemburu', ibu bapa boleh bertanyakan kepada mereka: "Apa yang boleh membantu anda berasa kurang cemburu? Jika saya beritahu bahawa anda istimewa secara tersendiri adakah itu akan membuat anda rasa lebih gembira?"
Kad Perasaan ini boleh didapatkan jika anda membeli Happy Meal selagi stok masih ada.
Saksikan kisah budak nak tahu 'Hari Bumi'
Filem animasi 'Here We Are: Notes for Living on Planet Earth' memaparkan kisah seorang budak lelaki bernama Finn berusia tujuh tahun yang ingin mengetahui tentang Hari Bumi.
Beliau mempelajari tentang keajaiban planet ini dan pentingnya melindunginya melalui ibu bapanya dan juga pameran muzium misteri.
Sepertimana yang diceritakan bintang Hollywood, Meryl Streep, dalam filem tersebut: "Pastikan anda menjaganya, kerana ini satu-satunya bumi yang kita ada."
Filem tersebut diadaptasikan dari buku kanak-kanak 'Here We Are' yang dikarang dan dilukis oleh Oliver Jeffers.
Ia boleh ditonton melalui Apple TV+ sempena Hari Bumi pada tahun 2020.
