Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M³@Geylang Serai, firma jamu anak yatim Darul Ihsan

Fahmi gembira lihat banyak program yang disediakan
Apr 11, 2022 | 5:30 AM
BERI HABUAN: Encik Fahmi Aliman (tiga dari kiri) menghulurkan beg habuan kepada anak-anak yatim Darul Ihsan sebelum berbuka puasa dengan mereka kelmarin. Bersama beliau ialah (dari kiri), Timbalan Pengurus Besar BigFoot Logistics, Encik Farid Aliman, dan CEO Kumpulan/Pengarah, bagi Kumpulan Syarikat BigFoot, Encik Sanny Abdullah, yang merupakan antara penaja acara tersebut. - Foto BM oleh KHALID BABA
BERI HABUAN: Encik Fahmi Aliman (tiga dari kiri) menghulurkan beg habuan kepada anak-anak yatim Darul Ihsan sebelum berbuka puasa dengan mereka kelmarin. Bersama beliau ialah (dari kiri), Timbalan Pengurus Besar BigFoot Logistics, Encik Farid Aliman, dan CEO Kumpulan/Pengarah, bagi Kumpulan Syarikat BigFoot, Encik Sanny Abdullah, yang merupakan antara penaja acara tersebut. - Foto BM oleh KHALID BABA -

SEKITAR 50 anak-anak yatim Darul Ihsan dapat berbuka puasa ala bufet di restoran hotel kelmarin hasil usaha sama M³@Geylang Serai dengan restoran Royal Palm dan syarikat Big Foot Logistic.

Terukir senyuman di wajah kanak-kanak tersebut dapat berbuka puasa dengan lauk-pauk termasuk rendang daging, ayam lemak cili padi, chap chye dan suji sebagai pencuci mulut tajaan Royal Palm itu.

Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, turut berbuka puasa dengan mereka di Darul Ihsan.

Menurut beliau, acara buka puasa itu sudah lama mahu dilakukan, namun, dek pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan.

"Jadi kini, kami mengambil peluang ini - M³@Geylang Serai bersama-sama penaja dan individu-individu yang hendak menyumbang semula - untuk mengadakan acara buka puasa ini.

"Kami juga mahu ketahui apakah program yang terdapat di rumah anak yatim ini, dan bagaimana kami dapat membantu mereka dengan sumber yang kami ada agar kanak-kanak ini dapat lebih bermotivasi.

"Alhamdulillah, respons yang kami terima sangat baik, dengan makanan yang ditaja...kami lihat senyuman di wajah anak-anak ini, saya rasa mereka sangat gembira hari ini (Sabtu lalu)," kata Encik Fahmi.

Tambahnya, beliau memang sudah lama menyimpan hasrat hendak mendekati rumah anak-anak yatim dan berinteraksi dengan kanak-kanak di sana kerana beliau rasa "masih banyak yang boleh kita lakukan sebagai satu masyarakat bagi mereka".

"Interaksi terakhir saya dengan rumah anak yatim ialah ketika saya masih dalam tentera, jadi saya rasa sekarang masa yang terbaik.

"Alhamdulillah, daripada interaksi dan taklimat yang diberikan, kami lihat banyak kemajuan dari segi program yang disediakan bagi anak-anak ini," ujar beliau.

Sementara itu, turut hadir bagi acara buka puasa di Darul Ihsan kelmarin ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Hospitality Group yang memiliki restoran bufet Royal Palm, Encik Ali Abbas, dan CEO Kumpulan/Pengarah, bagi Kumpulan Syarikat BigFoot, Encik Sanny Abdullah.

Ditanya mengapa beliau menyokong menjadi penaja bagi acara tersebut, Encik Ali berkata:

"Saya percaya apabila Allah memberi kita peluang, kita mesti beri balik kepada masyarakat, bantu orang susah, terutama anak-anak yatim.

"Ia merupakan satu keberkatan dan peluang bagi kami untuk menyediakan mereka dengan makanan yang enak, duduk bersama mereka dan menghabiskan sedikit waktu dengan mereka.

"Kami cuba sediakan mereka pengalaman ala hotel agar mereka rasa seolah-olah sedang makan di restoran."

Kata Encik Sanny pula, syarikatnya percaya mereka mesti menyumbang semula kepada masyarakat bukan sahaja pada bulan Ramadan, bahkan pada bila-bila masa sahaja.

"Ia merupakan tanggungjawab korporat kami untuk memberi semula kepada masyarakat dalam apa jua cara yang kami mampu...di luar Ramadan sekali pun, apa-apa sahaja yang boleh kami lakukan untuk membantu masyarakat dan membawa keceriaan kepada mereka," ujar beliau.

Dalam pada itu, Encik Fahmi berkata sempena bulan puasa tahun ini, M³@Geylang Serai mempunyai banyak program yang telah dirancangkan, termasuk bekerjasama dengan masjid, untuk mendekati dan menebarkan bantuan kepada lebih ramai penduduk di Geylang Serai.

"Kami juga mahu ketahui apakah program yang terdapat di rumah anak yatim ini, dan bagaimana kami dapat membantu mereka dengan sumber yang kami ada agar kanak-kanak ini dapat lebih bermotivasi.

Alhamdulillah, respons yang kami terima sangat baik, dengan makanan yang ditaja...kami lihat senyuman di wajah anak-anak ini, saya rasa mereka sangat gembira hari ini (Sabtu lalu).'' - Encik Mohd Fahmi Aliman, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East.

"Ia merupakan tanggungjawab korporat kami untuk memberi semula kepada masyarakat dalam apa jua cara yang kami mampu...di luar Ramadan sekali pun, apa-apa sahaja yang boleh kami lakukan untuk membantu masyarakat dan membawa keceriaan kepada mereka.'' - CEO Kumpulan/Pengarah, bagi Kumpulan Syarikat BigFoot, Encik Sanny Abdullah.

"Saya percaya apabila Allah memberi kita peluang, kita mesti beri balik kepada masyarakat, bantu orang susah, terutama anak-anak yatim.

Ia merupakan satu keberkatan dan peluang bagi kami untuk menyediakan mereka dengan makanan yang enak, duduk bersama mereka dan menghabiskan sedikit waktu dengan mereka.

Kami cuba sediakan mereka pengalaman ala hotel agar mereka rasa seolah-olah sedang makan di restoran. - Encik Ali Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Hospitality Group yang memiliki restoran bufet Royal Palm.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg