Topik diikuti
Pergi ke BHkuBercerita melalui seni grafiti
Artis jalanan bakal hiasi dinding Koridor Rel dalam acara 'Off The Rails' anjuran Majlis Seni
May 22, 2015 | 5:30 AM
Bercerita melalui seni grafiti
USAHA artis seni tampak ZERO, atau nama sebenarnya Encik Zul Othman, selama 12 tahun boleh dikatakan telah menyumbang kepada pembentukan dan kemajuan bidang seni jalanan di Singapura, terutama minat remaja terhadap seni grafiti.
Daya beliau menjadi inspirasi kepada artis remaja, terutama remaja Melayu, dan menjadikan seni jalanan sebagai seni arus utama telah diiktiraf menerusi Anugerah Seniman Muda Majlis Seni Kebangsaan (NAC) pada 2013.