SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bergandingan dengan selebriti galak suntikan vaksin Covid-19

Bergandingan dengan selebriti galak suntikan vaksin Covid-19

Jun 28, 2021 | 5:30 AM

Bergandingan dengan selebriti galak suntikan vaksin Covid-19

GANDING BAHU: (Dari atas kiri, ikut putaran jam) Encik Ong Ye Kung dan Zoe Tay; Cik Rahayu Mahzam dan DJ RZ; Cik Josephine Teo dan Xiang Yun; dan Encik S Iswaran dan Saravanan Ayyavoo berganding bahu dalam video yang menggalakkan warga emas mendapatkan vaksinasi Covid-19 mereka. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE
GANDING BAHU: (Dari atas kiri, ikut putaran jam) Encik Ong Ye Kung dan Zoe Tay; Cik Rahayu Mahzam dan DJ RZ; Cik Josephine Teo dan Xiang Yun; dan Encik S Iswaran dan Saravanan Ayyavoo berganding bahu dalam video yang menggalakkan warga emas mendapatkan vaksinasi Covid-19 mereka. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE -

BEBERAPA menteri di sini telah berganding bahu dengan selebriti setempat untuk menggalakkan orang ramai, terutama warga emas, mendapatkan vaksin Covid-19.

Ini sebahagian satu siri video baru oleh Gov.sg yang boleh ditonton di saluran YouTube dan laman Facebooknya.

Dalam video bahasa Melayu, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, dipadankan dengan deejay radio terkenal RZ atau Abdul Razak.

Kesemua video yang dirakam dalam bahasa ibunda dan dialek itu menjawab persoalan umum mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19, lapor The Straits Times.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung bercakap dalam bahasa Mandarin dengan pelakon Zoe Tay dan dalam bahasa Hokkien dengan pelakon Cavin Soh; sementara Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon berbicara dalam bahasa Teochew dengan pelakon Rayson Tan.

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo menggunakan bahasa Kantonis dengan pelakon veteran Xiang Yun dalam video dua minitnya.

Menteri Pengangkutan S Iswaran pula merakam video dalam bahasa Tamil dengan juruterbang serta hos rancangan televisyen Saravanan Ayyavoo.

Setiap video menerangkan bahawa vaksinasi melindungi orang yang disuntik, ahli keluarga mereka dan masyarakat secara amnya.

Ia juga menekankan bahawa orang yang lebih tua lebih mudah dijangkiti penyakit Covid-19 yang lebih teruk serta komplikasi, dan tiada bukti bahawa vaksin tersebut boleh menyebabkan serangan jantung atau angin ahmar bagi warga emas.

Bagi warga emas yang risau proses vaksinasi melecehkan, video tersebut turut memberitahu bahawa mereka yang berusia 60 tahun ke atas boleh sahaja ke mana-mana pusat vaksinasi tanpa perlu melakukan janji temu terlebih awal.

Pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 mengumumkan bahawa pemerintah akan meningkatkan program vaksinasi dari sekitar 47,000 dos yang diberikan setiap hari kepada 80,000 dos bermula Sabtu, 26 Jun.

Pada satu sidang media pada Khamis, 24 Jun lalu, Encik Ong berkata sekitar 75 peratus warga emas yang berusia 60 tahun ke atas telah menerima sekurng-kurangnya satu dos, tetapi ini masih tidak mencukupi.

Para menteri yang mempengerusikan MTF menekankan bahawa warga emas yang masih belum divaksinasi kekal golongan yang paling terdedah kepada jangkitan Covid-19 sedang Singapura berusaha membuka semula ekonominya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg