SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Berhenti kerja dari khidmat awam, jadi guru prasekolah

Berhenti kerja dari khidmat awam, jadi guru prasekolah

Aug 20, 2017 | 10:04 PM

Berhenti kerja dari khidmat awam, jadi guru prasekolah

59049324-8b5c-4f2f-ba88-6731cf71c158
-

BELIAU pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sebagai Penolong Kanan Pengarah dalam menyelia daya penghasilan.

Namun, kerana minat mendalam menjaga anak kecil, Cik Marie Luo beralih kerjaya dalam menceburi bidang penjagaan kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Ini didedahkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong malam tadi.

"Saya gembira kerana sejak kita mula mempertingkatkan dan meluaskan prasekolah, ramai telah mengubah kerjaya.

"Antaranya termasuk Cik Marie Luo, yang saya jumpa sewaktu saya melawat Tadika Kementerian Pendidikan (MOE) di Punggol View.

"Marie dahulu pernah berkhidmat di MTI, sebagai Penolong Kanan Pengarah dalam menyelia daya penghasilan.

"Namun Marie suka menjaga kanak-kanak, lantas apabila MOE memulakan usaha mengendalikan tadika MOE, beliau telah memohon.

"Beliau kini telah mengajar lebih setahun, dan kini mempunyai peluang kerjaya yang baik," jelas Encik Lee lagi. Bagi mengalak lebih ramai seperti Cik Luo untuk menyertai sektor prasekolah, MOE akan mempertingkatkan kerjaya itu.

"Kami akan menubuhkan satu institut baru untuk melatih guru dengan baik."

Institut itu akan dikenali sebagai Institut Nasional bagi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg