Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Beri laluan, isteri nak bersalin’: Penunggang motosikal JB minta diberi laluan lepasi kastam

Jun 5, 2023 | 9:57 PM
MINTA DIBERI LALUAN: Seorang penunggang motosikal berdaftar di Johor meletakkan nota ini di bahagian belakang motosikalnya dengan harapan diberi laluan semasa meredah kesesakan semasa menyeberang tambak.
MINTA DIBERI LALUAN: Seorang penunggang motosikal berdaftar di Johor meletakkan nota ini di bahagian belakang motosikalnya dengan harapan diberi laluan semasa meredah kesesakan semasa menyeberang tambak. - Foto SHIN MIN DAILY

PERJALANAN meredah trafik di pusat pemeriksaan dan kastam menjadi lumrah bagi mereka yang sering berulang-alik antara Singapura dan Malaysia.

Namun, di tengah-tengah ‘lautan’ penunggang motosikal yang menyeberang Tambak baru-baru ini, satu motosikal menarik perhatian dengan nota yang ditampalkan di bahagian belakang. Nota itu berbunyi: ‘Beri laluan, Isteri nak bersalin’.

Menerusi sebuah catatan Facebook ‘Geng Motorbike Kerja Singapore’ pada 31 Mei yang dilaporkan akhbar Cina Shin Min Daily, seorang penunggang motosikal berdaftar di Malaysia dilaporkan mahu bergegas pulang untuk menyambut kelahiran cahaya mata di Johor.

Dengan nota sedemikian, ia diharap dapat mempercepatkan proses beliau melepasi kastam untuk bersama keluarganya.

Laporan itu turut menyatakan penunggang tersebut selamat sampai di hospital Johor Baru dalam masa sejam untuk menimang anaknya yang baru lahir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg