Beriani di Desker Road cuma $3 sepinggan, laku macam goreng pisang panas
Premium
Beriani di Desker Road cuma $3 sepinggan, laku macam goreng pisang panas
Jualan lebih 500 pinggan pada hari biasa, 700 pinggan di hujung minggu
Jan 13, 2019 | 5:30 AM
SATU-SATUNYA RESTORAN JUAL NASI BERIANI $3 SEPINGGAN: Encik Farook (berdiri) melayan pelanggannya termasuk Cik Phyllis Neo (berbaju biru muda) yang bertali arus untuk menikmati beriani murah lagi sedap. - Foto BM oleh SAINI SALLEH -
ENCIK Mohamed Farook Abdullah hanya menjual nasi beriani apabila beliau membuka restoran, Nawab's Briyani, di Desker Road dekat Mustafa Center pada pertengahan Disember lalu.
Dengan moto "Makanan halal, harga halal", beliau menghidangkan nasi beriani ayam berempah cukup lengkap dengan dalca dan acar hanya $3 sepinggan.

